Pages

Saturday, July 31, 2010

Wajib berjemaah

Firman Allah swt :-

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.[al-Shaff : 4]

Sa’ed bin Jubair berkata bahawa : “sebelum Rasulullah SAW memulakan sesuatu peperangan menentang musuh, dia suka pasukannya beratur didalam satu barisan; didalam surah ini, Allah mengajar mereka yang beriman melakukan perkara yang sama. “

Didalam ayat seterusnya ( كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ ) beliau menyebut bahawa ini bermakna mereka bersama-sama bersatu didalam barisan pertempuran. Muqatil bin Hayyan berkata : sangat kukuh hubungannya diantara satu sama lain.

Ibn Abbas ra didalam mentafsir ayat ini menyatakan bahawa : Mereka itu bagaikan sebuah struktur kukuh yang tidak boleh bergerak, kerana anggota-anggota mereka telah di pateri diantara satu sama lain. (lihat Tafsir Ibn Kathir).

Ayat ini secara khususnya, Allah swt memuji mereka yang berjihad kejalan Allah dengan barisan yang lurus dam kukuh.

Disamping ayat ini menceritakan mengenai teknik berperang, ada juga dikalangan ahli tafsir menyatakan bahawa ia juga merupakan isyarat bahawa umat Islam perlulah mempunyai organsasi yang teratur dan kukuh.

0 comments:

Post a Comment

Sulaman Mahabbah Julangkan Fikrah

Our Memories in Penang Slideshow: AmboPic’s trip to Bukit Mertajam (near Butterworth), Pinang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.